RSS ialah singkatan bagi Really Simple Syndication. Ia merupakan kaedah membaca blog atau web yang kita minati dengan mudah dan senang. Sejak kewujudan jutaan blog yang mencetuskan fenomena hebat di alam cyber,kaedah untuk membaca blog menjadi semakin sukar.Malahan pengetahuan tentang SEO dan persaingan merebut tempat pertama di muka depan carian enjin carian semakin hebat. Tak mungkin anda mampu membaca ratusan blog dalam masa sehari. Oleh kerana itulah kita memerlukan reader bagi RSS ini. RSS sekarang wujud di dalam pelbagai bentuk,antara yang popular ialah dalam bentuk button.
Kelebihan RSS/ Feed/
Terdapat pelbagai reader atau pembaca bagi RSS ,ada yang berbayar dan ada yang percuma. Hanya pilih blog yang anda minati dan suka membaca contentnya,masukkan ke dalam pembaca RRS anda. done! Apabila blog berupdate ,ianya akan dihantar terus ke pembaca RSS anda. Apa kelebihannya? Katakan anda minat terhadap 20 blogger terkenal di Malaysia.adakah anda akan membuka,satu-demi satu blog tersebut,atau hanya membuka pembaca RSS anda yang di dalamnya terdapat entry baru dari blogger tersebut tanpa perlu anda 'berjalan' dari satu blog ke satu blog.
Jom demo,kat bawah nie, sila klik button kat bawah nie
Satu lagi RSS lebih bersih,clean tanpa iklan yang banyak,tanpa widget.tanpa hiasan,tanpa bau wangian( eh??) dan pelbagai warna yang menghiasi blog. Bagi saya, menggunakan feedburner. Ianya pembaca RSS atau feed( entry terbaru blog) yang percuma. Jadi kalau pembaca blog ini suka kepada entry atau posting saya boleh terus berlanggan di sini. Feedburner ini apabila anda masukkan email anda, anda akan dapat membaca entry terbaru dari blog LoveHijau di email anda secara outomatik,tanpa perlu anda pergi menerjah blog saya.
Bagi blogger pula anda sebenarnya membina talian ukhwah yang berkesan dengan pembaca anda. Hargai mereka dengan posting anda di box email mereka. Malahan jika pembaca blog anda mendapati bahan atau posting anda sangat berguna ,kekalkan mereka melalui pembaca feed ini. Bina nama blog anda untuk jangka masa panjang. Jangan sisihkan pembaca setia anda.
Jaminan E mail anda Tidak akan di Spam
Macam mana nak ada email spam. Anda hanya akan dapat e mail yang sebijik dan serupa dengan apa yang saya tulis di dalam blog. Tak ada iklan seperti nuffnang,innity dan sebagainya, tak ada promosi affiliate, tak ada promosi jual barang dan lain-lain. E mail anda merupakan rahsia dan selamat dari sebarang spam. Feedburner nie bukan jual email kita atau dedahkan email untuk mereka untung. Tengok kekuatan pagerank mereka di google. Satu lagi jangan lupa setelah anda masukkan email anda tekan butang subscribe. Lepas tu semak email anda,mereka akan hantar link yang meminta anda aktifkan subscribe anda tadi, klik link untuk aktifkan,done! Anda akan menerima email yang mengandungi RSS atau feed atau posting terbaru anda di email anda,tanpa perlu melawat ke blog saya,tapi kalau sudi marilah selalu kat sini. Jom join feed LoveHijau.com kat bawah nie. free aje dan e mail anda 100% selamat dari sebarang spam atau bocor...
Credit:Lovehijau


No Response to "Kepentingan feed kepada blog dan visitor"
Post a Comment